As salam
Allahhuakbar.... lama sungguh tak singgah sini. Niat nak menaip ada, tapi tak terbuat jugak.
walau di henfon ada ja apps blogger tapi tak terbuat jugak.
mmmm... sekarang dalam fasa super bzzzzz.... laki bini bzzzz.... kekadang rasa sian sangat ke bebudak 3 orang tu, cuti sekolah ke, weekend ker, cuti apa2 ke... kat rumah jer tempat diaorang...
Jalan-jalan dalam rumah jer...
Di opis pulak, baru awai tahun dapat boss yang tersangat la bzzzz dengan kerja sampai diheretnya staf yang tak berkaitan pon bagi jadi bzzz sama macam dia. Benda simple pon dia tak boleh buat.... PC atas meja dia tak pernah di ON kan pon dah 4 bulan dah di opis ni. segala email mak nenek dia akan minta firma email ke dalam email staf. So staf pulak secara tak langsung kena buka email dan terangkan pada dia.. padahal kita ni tak tahu apa kebenda pon.... Tak tahu la macam mana dia boleh dapat pangkat tu... Aku malas nak layan, aku cakap jer aku tak pandai buat... kalau kita bagi pendapat ker nanti task tu kita yang kena buat. Sabar jer lah selagi mampu.. tak tahan sangat isi borang minta tukar jer lagipon aku dah dapat KUP
( alhamdulillah) so ada jer alasan nak bertukar tu.
ops, terpanjang pulak cerita bab opis ni.
En. husben pon dah ditukarkan ke unit baru dan Alhamdulilah dia jugak dah naik pangkat jugak. Bye bye baju POPEYE... hahahaha welcome BUSH JACKET
Rutin En. husben lagi lah padat, seminggu 7 hari tu tak de pon istilah rehat pada dia. Kalau dapat tido siang 2-3 jam tu memang best sangat la pada dia. Anak anak pon dah tahu kena tunggu abah tak niaga baru boleh pi jalan-jalan. setakat aku ja boleh la bawak pi taman dekat ni.
Sekarang tengah usaha nak susun balik jadual harian kami sefamily. Banyak benda yang dalam kepala ni tapi tak terbuat.
Tapi apapon Alhamdulilah ada beberapa perkara yang selama ni tak terjangka kami boleh buat dah mula kami buat dan masih di fasa merangkak. Salah satunya kami dah mula berani menjenamakan air BIG CUP dengan jenama sendiri iaitu
"COCO RICH"
Next post kita crita bab COCO RICH
As salam... :)