Thursday, June 30, 2011

Pemenang saguhati yang baru

As saalm

Malas dah nak tunggu lama-lama, ct buat keputusan nak cari pemenag baru je lah...
Nampaknya pemenang saguhati tu tak alert dengan keputusan yang ct dah umum.. sebab tu penting yer kita follow blog yg kita join apa-apa CGL, lepas abis CGL result dah kuar ikut suka la nak stop follow ke tak.

OK!
Pemenang saguhati yang baru ialah
:
:
:
:
:
:
:
Peserta memegang nombor 54
TENGOK KAT SINI NOMBOR PESERTA

Emailkan nama, alamat dan nombor tel ke sy_ifal06@yahoo.com
Kalau boleh secepat mungkin sebelum hari ahad.... ct dah nak pos dah ni.
Kalau lambat ct poskan yang mana dah bagi alamat dulu.
 

Wednesday, June 29, 2011

Tak nak tuntut hadiah ke?

As salam

Ct masih menunggu  email dari  seorang lagi pemenang saguhati
Naufal N Nureen 2nd Giveaway

Kesian plak pada yang email alamat untuk ct pos hadiah, terpaksa tunggu lama... Ct kalu boleh nak pos semua sekali sebab ari minggu je ct bleh pi pejabat pos.

KEPUTUSAN DISINI

Ct tunggu sampai malam ni je, kalau tak ada jugak esok ct buat cabutan lain.

* Rasa cam nak buat GA/kontest lagi sbb ct jumpa hadiah yang cam best  kasi kat korang. Kalau setuju angkat keyboard*


Tuesday, June 28, 2011

Kerana Ubat Bayi Maut


Gambar dari Google

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas menerima rawatan lebih empat jam di Hospital Ampang, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit muntah teruk dipercayai kerana diberikan ubat salah oleh ibunya berusia lewat 20-an.
Malah, ketika dihantar ke hospital oleh ibunya, bayi terbabit dilaporkan tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di sebuah rumah di Taman Halaman, Ampang, di sini, suri rumah terbabit memberikan anak lelakinya itu ubat kerana demam
Menurut sumber, selepas lima minit kemudian, bayi terbabit muntah.

Tersentak dengan keadaan itu, ibunya bergegas membawa mangsa ke hospital. “Pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kepada bayi terbabit. Selepas rawatan pernafasan, bayi terbabit memuntahkan air dengan jumlah banyak,” katanya.

Sumber berkata, selepas lebih empat jam diberikan rawatan, bayi terbabit meninggal dunia. Difahamkan, bedah siasat pertama sudah siap, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah siasat kedua untuk mengklasifikasikan kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

* Cam no ni? boleh diketegorikan cuai la kot.... bagi ubat pukul 4 pagi maybe maknya tu pun mata dok pejam lagi time kasi ubat kat anak*


Monday, June 27, 2011

Anggota TLDM maut kemalangan



Dua termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 240.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Tol Pedas-Linggi, arah utara dekat sini, hari ini.


Turut terbunuh bersama Ramlan Pilus, 29, ialah seorang anak perempuan rakannya, Nurul Emi Najwa, 2.

Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku ketika Ramlan dikatakan menumpang MPV Perodua Alza rakannya, Mohd. Latip Ismail, 33, yang juga anggota TLDM bersama isterinya, Rosilawati Majid, 33, dan dua anaknya, Mohd. Isdaniel, 5, dan Nurul.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Lumut, Perak, selepas kedua-duanya selesai menyertai kejohanan hoki di Melaka.

Jurucakap polis berkata, MPV itu terbabas ke tepi lebuh raya sebelum terbalik dan terseret sejauh 70 meter sehingga terhumban ke dalam longkang berhampiran.

"Kemalangan yang dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara itu gagal dikawal kerana dipercayai dipandu laju menyebabkannya terbabas.

"Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi penumpang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Polis menyiasat punca kemalangan dan kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada ahli keluarga," katanya.

Sumber: SINI

* Al Fatihah....... ni yang buat aku risau bila hubby out station, selagi dia tak sampai selagi tu aku tak senang hati....*

Sunday, June 26, 2011

Update dari Asus

As salam

Tahniah pada semua pemenang Giveaway Naufal N Nureen, ct belum pos lagi hadiah sebab ada lagi seorang pemenang saguhati yang belum bagi detailnya...Kalau tak salah cikedipedas namanya. Dah dapat semua nanti ct akan pos hadiah tu dengan seberapa segera. OK. habis bab Giveaway.

Entry ni hasil dari asus hubby....hehehe. Cam best plak guna Asus ni, lappy ct pun dah bengong dah tu...ada masalah skrin tunggu masa je nak lup je tu. Kalau dia lup, mmg dah dok usha Asus dah ni, dapat netbook pun tak pa dah...kalau boleh kaler pink. Berangan lagi.....

Semalam hubby dah balik sini, bercuti 2 minggu lebih then 12hb julai kena ke kuantan balik pastu 20 terus fly ke bumi lebanon. Ingatkan lepas cuti aku leh terus hantar hubby ke KL untuk fly tapi rupanya ke p kuantan dulu. Aku tak leh la nak amik cuti banyak2 sbb cuti pun dah paras hidung ja ni... mungkin FIL tolong hantar hubby ke kuantan. Aku cuma plan nak hantar hubby di TUDM subang 20hb julai ni. Makanya kena la drive sendiri ke subang. Haduh.... cam na yer.... aku ni mmg leh drive tapi tak biasa drive dalam KL tu, pastu plak aku mmg tak tau jalan ke TUDM subang. Sekarang ni aku harapkan map dari google yanng aku print tu.. Gps nan ado.... ada jugak minta adik aku di KL amik cuti semata-mata nak tunjuk jalan kat aku. Tapi dia pun tak kompom lagi dapat ke tak cuti tu... Aku tawakal je lah redah KL nanti.

Yang penting sekarang ni luangkan masa berharga bersama hubby. Kalu bole hari-ari aku nak berkepit je ngan hubby...hehehehe..tapi mana boleh, aku kena p keja. Naufal ngan nureen pun dah jadik semacam dah, bila tengok hubby pakai baju je depa pun kalut lari masuk bilik amik baju jugak... nak ikut hubby. Dah tak caya dah aku cakap hubby p beli kedai jap..tetap nak ikut jugak dua-dua budak tu. Yang lawaknnya nureen la, pulun carik baju dia yang banyak aku tak lipat dalam raga tu.. amik baju terus je sarung tunggang langgang... tapi mata teatp dok tegok ke abahnya takut abah tinggalkan dia. Nak tak nak hubby terpaksa le bawak jugak.

Kali ni hubby balik lama so nanti depa dua tu mesti ingat hubby dah tak p keja lama dah cam selalu...tapi depa tak tau akan kena tinggal lama nanti. Cam na la nanti di subang, aku rasa bukan anak yg nagis tapi aku. Selama 6 tahun kawen ni cuma sekali je aku ngan hubby PJJ tu pun sebab hubby kena kursus di Lumut 5 bulan tapi 2 minggu sekali hubby akan balik. Tapi kali ni mau makan masa berbulan-bulan baru leh jumpa. 
 Tak pa la, nak buat cam na kan... sapa suh gatai kawen ngan tentera? walau apapun aku tetap bangga dapat kawen ngan tentera dan hubby pulak terpilih untuk sertai misi di luar negara. Sekurang kurangnya ada juga pengalaman bertugas di tempat lain selain dari di Malaysia.

Banyak barang hubby bawak balik... beg besar gedabak aku pun leh muat dalam beg tu. Segala mak nenek ada dalam tu, dari baju seuar, stokin, kasut sampailah ke pinggan cawan dan kiwi kasut.  Lotion vaselin ngan lip balm pun ada jugak, ye lah untuk kegunaan nanti kat sana kan cuaca tak macam kita di malaysia ni, kena dah la tu ngan hubby yang memang kulit tak berapa nak tahan lasak...semua barang ni hubby akan bawa ke sana nanti. Tapi yang penting lappy ngan camera. Lappy untuk berhubung agan aku disini, camera untuk rakam detik-detik manis disana nanti.Harap semua yag manis je lah tak dak yang pahit, masam ke masin.

sapa ada tips atau info jalan mudah dari sungai buluh nak sampai ke blue wave shah alam dan tudm subang?


Thursday, June 23, 2011

Pemenang Saguhati

As salam

Ada 2 yang bakal memenangi hadiah saguhati berupa


Chopping Board

Dua peserta yang bertuah itu adalah
:
:
:
:
:
:
:
:

Mereka yang memegang nombor

Klik untuk tengok

Pemenang Utama

As salam

Tak mo tangguh-tangguh lagi jom kita tengok siapa yang bertuah yang akan menerima hadiah


Sebelum ut nak bagitau, tray tu tak de lah besar yer.... ni yang jenis mini punya. Tapi Comellllll.... dan still bleh guna cam biasa.

PEMENANGNYA
:
:
:
:
:
:

Keputusan Naufal N Nureen 2nd Giveaway! Tunggu..........

As salam...

Dah tak dak yang nak komen link tak tersenarai?


Ok.
Bagus!






Ct dah nak buat cabutan......Sat lagi korang mai balik tengok siap yang kena


ZASSSSSS>>>>>>>>


Tuesday, June 21, 2011

Peraduan Touch N GO 'Touch, Ride N Win'


Bagi pengguna setia Touch N GO jom join peraduan ini.
Untuk maklumat lanjut...sila ke FB TOUCH N GO

Hadiah yang bakal dimenangi setiap minggu
Grand Prize: 1 x Apple iPad 2
Second Prize: 1 x Samsung Galaxy Mini
Third Prize: 2 x Movie Voucher worth RM120
Consolation Prize: 10 x Touch 'n Go RM100 Top-Up
Peraduan bermula 20 jun hingga 20 september 2011

*Ct bukan pengguna T N G*



Monday, June 20, 2011

Senarai Peserta Naufal N Nureen 2nd Giveaway

As salam

Dah ada yang tanya bila nak kuar result Giveaway ni... Tak sabar nampaknya...hehehe
Sebelum ct buat cabutan, jom kita semak dulu senarai peserta di bawah ni. Takut ada yang tertinggal so tak adil plak bila ct buat cabutan nanti.
Tak mo crita panjang... silalah semak nama korang yer..






    7http://fasyafrina.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html





































   45-http://pinkummi.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


47-http://tiefazatie.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    48-http://zuneta-love-corner.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

  49 -http://cikpuanmuda.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   50 -http://melo-jieha.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


   52 -http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    53-http://join-giveaway.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   54  -http://qard91.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   55 -http://blog-mommy-daddy.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   56 -http://atirontensai.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   57 -http://inahasan.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    58-http://ogy2112.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway_19.html

   59 -http://ayuayu101.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    60-http://blogjuniza.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   61 -http://bintanghatygiveaway.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

  62 -http://ummi-iman.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   63 -http://canteek-selalu.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    64-http://alin9292.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   65 -http://ungucintaku.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   66-http://alycia-dan-contest.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    67-http://zueannaleeya.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   68 -http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   69-http://ilovecontestblog.com/2011/05/23/naufal-n-nureen-2nd-giveaway/

   70 -http://fatinfasihah.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   71 -http://suzie284contest.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    72-http://izancute.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   73 -http://giler-contest.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    74 -http://ckinro.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   75 -http://ibubalqis.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html



78 -http://sjbloglist.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


  80 -http://sahbanu-mulaan.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


  82 -http://annisisshazwina.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


   88 -http://sicantiksiezuka.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


    86-http://aisyaluvcontestga.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   87 -http://anakkuanugerahterindah.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   88 -http://sicantiksiezuka.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   89 -http://kasihfarhana.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


  91 -http://umiaiz.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

  92 -http://mycontest-giveaway.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   93 -http://putrinian.blogspot.com/2011/06/naufal-nureen-2nd-giveway.html

   94 -http://eiqahd0llyd0lly.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   95 -http://inassyuhaidah-mystory.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nuren-2nd-giveaway.html

   96 -http://asyikbercontest.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html



    99-http://along-nidar.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    100-http://bezbuddy.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

     101-http://sweetwin.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   102 -http://segitiga91.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

  103 -http://edrina-dafinites94.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


   105 -http://aanie.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html


   107 -http://keyphochee.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    108-http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   109 -http://aienlovegacontest.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   120 -http://kesayanganmukerinduanku.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   121 -http://contestngiveaway.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    122-http://mientowin.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

123-http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

124-http://rainbowsocolorful.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

   125 -http://amiraliyanacaribelog.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

    126-http://kontestaje.blogspot.com/2011/06/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html



Kalau ada yang tak tesenarai sila tinggalkan link korang kat bawah entry ni yer.... Ct bagi masa sampai ari rabu jer, insyaallah ari khamis ct buat cabutan.

Sunday, June 19, 2011

Blog ini bakal kena hack????

As salam

Adoi la...... blog ni tersenarai dalam blog yang bakal kena hack....apa salah aku weh?????
Blog kecik yang kadang-kadang update kadang-kadang bersawang ni pun korang nak hack jugak ker... tak de pekdahnya hack blog aku ni.
Cuba korang check blog korang ada tak dalam
SENARAI BLOG BAKAL DI HACK
(sila guna fungsi "FIND" utk cari nama blog korang)

Aku amik senarai tu di blog Cikgu Dahlia. Ada yang kata senarai tu berdasarkan blog yang join Geng Bloger. Dulu aku ada jugak ping entry di GB tu tapi dah lama dah tak aktif kat situ sejak GB ada malware ari tu.

Nak percaya tak percaya tu 50/50 bagi aku tapi sebagai langkah berjaga-jaga aku dah buat Backup Blogspot bagi blog aku ni. Tutorial BACKUP BLOGSPOT DI LIN AZLINA punya blog.
Harapnya semua blog yang tersenarai tu tak lah di hack yer.... mau meroyan jugak la kalau blog kita semua kena hack pastu hilang terus...huuuaaahhh!!!!!!

*Blog Contest aku tak dak dalam senarai *


Friday, June 17, 2011

Perhatian untuk pembaca blog kecik ni

As salam

Kepada semua follower blog ni ct ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi follow blog yang tak seberapa ni. Pada yang follow by networkblog pun terima kasih yer...
Selama lebih kurang 1tahun setengah blog Naufal N Nureen ni ujud dah bayak benda ct tempekkan disini. Tapi ada juga yang tak jadi di tempek  bila fikir-fikir balik lebih baik letak dalam draf je kot supaya tak timbul masalah di kemudian hari. Di sini ct nak bagitau mulai sekarang sehingga penghujung bulan julai tahun hadapan kemungkinan akan ada entry-entry berbau personal yang mungkin tak disukai oleh sesetengah pembaca.

Pendek cerita cam ni lah.... Ct dan hubby akan melalui Perkahwinan@perhubungan jarak jauh (PJJ) mulai penghujung bulan julai ni so blog ni akan digunakan sebagai medium perhubungan antara kami. Tu pun kalau skype tak ok atau kami tak boleh nak live chat.
Ct nak bagitau awal-awal lah takut nanti pembaca blog ni jadi menyampah plak baca entry yang dok cerita pasai life ct dan anak-anak. Ala-ala  laporan untuk hubby mengenai keadaan kami disini.
Tak semua entry cam tu... ct still akan berbloging cam biasa cuma entry sebegitu akan diselit skit-skit.

Bila orang yang penting dalam hidup dan merupakan tempat meluahkan segala benda  tak ada disisi so rasanya kat sinilah tempat untuk ct luahkan
Harap semua pembaca faham situasi ct dan family yer...

*Doakan ct dan anak-anak dapat lalui kehidupan PJJ selama 1 tahun ni dengan sebaiknya*



Dato Siti dalam baju loreng

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.
Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.
Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
“Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih,” katanya pada majlis tersebut.
Dia bersedia untuk melakukan latihan pada bila-bila masa bergantung kepada kesesuaian jadual kariernya.
Malah dia lebih seronok jika ramai peminatnya turut serta menyertai askar wataniah.
Sementara Ana Raffali berkata angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.
“Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.
“Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya,” katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.
Tanpa berselindung, Ana akui dia pernah mengidap asma. Bagaimanapun, padanya masalah kesihatan tidak akan menghalang dirinya untuk menyumbang sesuatu kepada negara.
Aizat pula begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.
Sementara Shaheizy Sam menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan.
Selain selebriti berkenaan, anak sulung Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah,34, yang juga pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM turut menyertai pasukan itu

SUMBER: SINI

Lepas ni ramai yang join wataniah sebab nak 1 skuad ngan dato siti...tapi ok lah kan untuk jadi contoh pada budak-budak sekarang ni yang lebih suka buat benda tak berfaedah lebih baik join wataniah...banyak benda bleh belajar then kalau berminat dan bersungguh-sungguh boleh jugak diserap masuk ke perkhidmatan tetap...Datang buat latihan ni pun ada elaun jugak tau. David teoh pun join jugak tu...wakil dari kaum cina la kot...
Kakitangan awam dibawah mindef ni pun dah lama kena join tapi aku tak pun sebab susah skit bila dah ada family ni... kalau bujang lagi mau jugak la.
Maknanya susah lagi la dato siti nak mengandung.
 

Thursday, June 16, 2011

Giveaway CLOSED


Giveaway sudah tamat yer.. harap maklum.
Nama-nama peserta akan di update sedikit masa lagi.



Naufal N Nureen 2nd Giveaway

*sticky mode*
entry terkini sila scrool ke bawah



Hari ni terasa nak buat simple giveaway untuk semua follower blog ni. Ct harap ada sambutan lah memandangkan ramai yang dok buat giveaway dan kontes takut jugak giveaway ni tak mendapat sambutan.
Ok.. jom kita tengok apa yang kena buat untuk join Ga ini.

Buat entry di blog dengan tajuk Naufal N Nureen 2nd Giveaway tajuk lain tak mau yer...
Follow blog ini, dah nak buat ga untuk follower so kena follow la yer
(senang nak tau update ttg GA nanti)
Letak banner di dalam entry dan di sidebar yang dilinkkan terus ke entry ini
Tag 2 orang kawan-kawan untuk join
Tinggalkan id follower dan link penyertaan di komen box entry ini sahaja
(di shoutbox tak diterima pakai )

Tarikh tutup: 15 jun 2011 jam 11.59mlm

Pemilihan pemenang adalah menggunakan sistem lucky draw.

Hadiah dah ada tapi nanti ct update. Buat masa sekarang ada 3 hadiah.
Insyaallah kalau  penyertaan menggalakkan hadiah akan ditambah.

GOOD LUCK !!!!


Wednesday, June 15, 2011

Tukar Suka Sama Suka

As salam
Semalam aku dok mengoogle cari resepi dan map ke TUDM Subang, klik sana klik sini..... sekali jumpa plak 1 group di FB "Tukar Suka Sama Suka"
Ingatkan tukar apa...rupanya tukar tempat kerja. Bila join group ni kita bleh tengok dan iklankan kalau kita nak tukar tempat kerja dengan gov staf di kementerian lain di tempat lain.
Banyak jugak yang dok mencari orang nak tukar suka sama suka ni.... tapi yang masalahnya tempat yang kita nak p tu jawatan plak tak sama ngan kita. Nampak susah jugak... ada macam-macam alasan nak bertukar. Dari komen-komen yang aku baca, ada yang berjaya bila join group ni tapi yang pasti kena hantar permohonan terlebih dulu then selalu follow up ngan jabatan or kementerian tu.

Aku pun join jugak tapi tak de la mencari atau mengiklan cuma sebagai persediaan kalau-kalau nanti hubby kena tukar ke tempat lain aku pun kena la cari jalan tukar jugak. Dulu aku ni kategori close just leh tukar dalam kementerian pertahanan ja pastu start awal tahun ni dah setuju untuk opsyen gunasama so sekarang dah boleh bertukar ke mana-mana kementerian lah. Peluang untuk bertukar tu luas skit tapi bab urusan permohonan pertukaran tu jadi rumit plak...kalau dulu apa-apa hal, nak merayu ke hapa bleh terus ke HQ di mindef tu tp la ni kena berurusan di Jpa putrajaya plak.

Sebenarnya aku lebih suka kalau hubby ditukarkan pastu aku pun minta tukar ke pangkalan or kem yang sama ngan hubby... senang skit nak p keja... cam sekarang ni. Tapi kena jugak buat persediaan untuk ke kementerian lain kalau dalam kem tu tak dak kekosongan jawatan aku ni. Yang pastinya dalam masa setahun dari sekarang aku akan tetap disini....perancangan hujung tahun 2012 aku nak kuar dari Langkawi...insyallah.

Sapa nak join group tu KLIK SINI ataupun search di FB Tukar Suka Sama Suka.


Monday, June 13, 2011

Laksa Penarak ... Langkawi Mai

As salam

Kalau di perlis glemer ngan laksa kola perlis, kat langkawi ni plak tak kurang jugak ngan laksanya.
Ini ikut seelra aku la kan...yang aku syok laksa penarak. Lokasinya tak jauh dari jetty kuah dan bertentang dengan dataran lang tu. Kalau korang mai Lankawi naik fery pastu lalu depan dataran korang akan nampak sebaris kedai makan tepi jalan tu... Laksa penarak kedai yang last sekali kalau korang mai dari jety.

 Bukan laksa ja yang ada... yang lain pun ada. Oder jer yang mana rasa nak makan
Dari yang jenis goreng-goreng, berkuah, bakar-bakar,sate sampai la ke western food pun ada jugak.

 Ini laksa aku.... hubby pun makan laksa jugak. Naufal je makan nasi goreng
RM3.00 (laksa)

 Selamat sudah semua kedalam perut aku... alhamdulillah

Laksa penarak ni memang femes dari zaman aku skolah lagi ni.. dulu kat sini la port geng-geng skolah makan.
Banyak aktiviti skolah berakhir disini bila sampai time makan.
Suasana dia pun ok jugak..sambil makan ngadap dataran lang

Ingatkan aku ja yang suka laksa kat sini tapi lepas bawa hubby try makan sini dia yang lagi suka. Kalau hubby nak makan laksa or bihun sup sanggup time makan pukul 1 tu dia ajak aku mai makan kat sini. Dari opis di bukit malut ke jety jauh jugak tu. Korang tengok mangkuk aku je at atas tu...kalau tengok mangkuk hubby memang licin la kuah-kuah laksa tu..tinggai asam keping ja.

Ada satu lagi tempat makan laksa yang best kat langkawi ni... area padang matsirat dekat pagar airport. Yang tu best jugak..makan laksa tepi pandai kena plak ngan angin sepoi-sepoi memang best la... nanti aku p makan situ aku cita skit yer...


Kopok dari kuantan

As salam

Bila tau hubby nak blik cuti dari kuantan, aku dah oder kopok dari kuantan nun... tak kisah la kopok apapun, yang keping or yang basah tu. Janji dari sana...hehehehe

Inilah yang selamat sampai kat umah selepas di kidnap 3,4 batang oleh mak aku

 kopok lekor yer?
nampak sama jer ngan yang jual kat pasar malam tu.

Potong pendek-pendek pastu goreng....nyum...nyummm

hubby cakap susah nak jumpa kopok tu....betul ke? ntah la, mungkin hubby tak tau kedai kot...
Yang tak berapa best hubby tak beli pencicah dia sekali .... aku cicah ngan cili sos life jer.. kalau ada pencicah tu memang lagi sedap la. Nak buat sendiri tak pandai plak....lagipun gerenti tak sedap cam yang depa jual tu kan.. malas sebenarnya

Tak sempat nak bawa ke opis... selamat sudah dikerja kan oleh kami sefamily, maklumlah jarang-jarang dapat makan kopok fresh dari pantai timur sana.


Saturday, June 11, 2011

Kemana hilangnya semua Follower


As salam

Help me...... sapa bleh tolong ni.... kemana p semua follower blog aku ni....
Eh! bukan blog aku ja la... blog korang pun sama la...... Semua blog yang aku bukan aku tak nampak follower so nak follow pun tak bleh.... cam na nak buat ni?
Ada sesiapa yang bleh tolong?

Jadik cam ni





Friday, June 10, 2011

Seminggu yang cool

As salam



Sapa rasa cool ari ni angkat keyboard..... eh! yang tak angkat tu hot la kot no...

Aku dah seminggu dah dok cool dalam opis nih...
Tak tau la sapa yang jaga temperature aircond kat bangunan ni...awat la dia set yg low sangat ni, tambah plak ngan cuaca yang mendung kat luat tu...naik kebas dah kaki tangan aku.
Bukan ari ni ja, bleh kata sepanjang minggu ni aku ngan opismate lain keja ldaam suhu cam musim sejuk kat obersea plak (pandai je cam la penah p obersea)
Bak kata opismate aku, kalau kita beli ikan pastu simpan kat opis blik masak petang nnt pun ikan tu ok lagi sbb kat sini dah rasa cam dok lam peti asi dah ni... Kata dalam langkah penjimatan elektrik..kena tutup lampu dalam opis bila tengahari tapi aircond kalau sejuk gini pun makan letrik kuat gak kan? rasanya lah...sbb aku tak ada aircond kat umah.
Bilik yg dok control aircond tu dekat jangan opis aku ni tp mana bleh nak memandai p dok ubah temperature tu..silap-silap nanti meletup ke hapa mampus aku.

Ok ~tata~


Tuesday, June 7, 2011

Ni la masalah kalau cuti hari minggu tak sama

As salam


Kat atas tu surat dari Taska Naufal bagitau waktu persekolahan baru. Naufal, aku hantar dari pagi sampai petang.... Yang lain tak dak perubahan cuma yang hari khamis tu je la yang berubah. Memandangkan hari khamis waktu kerja bagi negeri kedah sampai pukul 3.45petang so taska pun akan tutup time tu jugak. Diaorang akan bagi masa untuk ibu bapa amik anak sampai pukul 4 petang. hari-hari lain diaorang tunggu sampai pukul 5.20 petang. Ok la kan bagi ibu bapa yang keja ikut time gitu tapi aku ni yang susah skit la...
Aku keja di kedah tapi masa kerja dan cuti ikut HQ di KL...isnin sampai jumaat, cuti sabtu ahad.
So, ari khamis tu aku tak bleh la p amik naufal kul 3.45petang lagipun taska naufal agak jauh dari opis aku. Nasib baik pengasuh Nureen mau tolong amikkan naufal sebab umah dia depan taska tu je.... Hari-hari biasa, kalau aku lambat memang aku minta tolong pengasuh nureen tolong jemput naufal la....

Bila aku nak plan apa-apa time cuti hari minggu cam kuar jalan-jalan ke tanah besar kena pikir naufal jugak... Ahad naufal dah sekolah so aku kena plan apa-apa hal hari sabtu je lah... Dah banyak kali jugak naufal ponteng skolah ari ahad gara-gara ikut aku ke tanah besar.Selalunya aku akan bagitau cikgu kalau naufal kena ponteng ari ahad so cikgu akan kasi homework. Sekarang boleh lagi la sebab naufal baru 5 tahun tapi bila tahun depan tak bleh la....rugi plak sesi pembelajaran naufal tu.

Ada jugak skali aku jumpa ngan parent yang keja bank..dia pun mengeluh jugak la..sebab tiap ari khamis dia terpaksa minta kebenaran ngan bos untuk pikup anaknya...isteri dia tak bleh drive, umah agak jauh dari taska untuk amik anaknya... Mulanya dia ingat nak tukarkan anaknya ke taska lain tapi bila dipikirkan balik taska tu memang dah ok dari segi pembelajaran dan jagaan oleh cikgu-cikgu lagipun anaknya dah 2 tahun disitu so teruskan jugaklah.

Bagi aku tak membebenkan sangat sebab ada pengasuh nureen yang tolong cuma aktiviti time cuti minggu tu kena plan elok-elok la...jangan sampai naufal kena ponteng skolah.

Monday, June 6, 2011

Won Tupperware Airtight Giveaway

As salam


Pinjam dari REDMUMMY

Ingat lagi tak Tupperware Airtight Giveaway di blog REDMUMMY, Ada yang join?

Alhamdulillah baru je dapat sms bagitau ct menang hamper bernilai RM50 dari Tupperware untuk Kontest sms Tupperware Airthigh. Kontest ni baru jer berakhir 31 mei lepas ari ni dah ada keputusan..cepat sungguh.
Tapi yang lambatnya hadiah akan sampai ke tangan ct dalam masa 6 minggu lagi.

Walaupun tak menang Samsung Galaxy Tab tu, menang hamper ni pun dah ok dah lagipun ct just hantar lebih kurang 10 sms jer.. Barang tupperware sapa tak nak kan?

Siapalah yang bertuah dapat Samsung Galaxy Tab tu...


Sunday, June 5, 2011

Peraduan Maggi Hotcup "The Perfect Score"



Peminat setia Maggi Hotcup jangan lepaskan peluang untuk join
Peraduan Maggi Hotcup "The Perfect Score"
Mungkin rezeki uolls untuk menang

Grand Prize: 1 x RM10,000 cash + Samsung Galaxy Tab P1000


First Prize: 10 x Sony Vaio S Series Notebook

Second Prize: 10 x Blackberry Torch 9800

Third Prize: 10 x Phillips 32'' LCD TV

Fourth Prize: 10 x Sony PSP

Fifth Prize: 5 x TomTom GO750 GPS

Consolation Prize: 50 x Maggi Hamper worth RM100

Peraduan ni mudah jer... beli Maggi hotcup, kira berapa maggi hotcup yang ada dalam gambar di borang peraduan yang bleh diambil dikedai atau download DISINI pastu poskan bersama bukti pembelian iaitu kerajang atas maggi hotcup yang uolls beli tu..
Peraduan bermula dair 1 Jun 2011 Hingga 31Julai 2011

* Budak-budak yang duduk asrama mesti banyak stok maggi hotcup ni, jom la join mana tau leh menang hamper maggi pun ok dah kan..tapi kalau dapat RM10K tu memang tak makan maggi hotcup dah la jawabnya...


Friday, June 3, 2011

Asus? OK ke?

As salam

La ni dah sorang dok utara sorang dok timur....medium perhubungan mesti la dengan gadjet2 yang zaman aku skolah dulu dikira orang kaya ja yang ada then zaman la budak skolah rendah pun dok usung sana sini... tak lain tak bukan ialah laptop @ notebook @ netbook

Aku ada 1 laptop yang dok guna la ni la... pastu PC kat umah ada 1 tapi dah kira idup segan mati tak mau dah.. bila hubby p kuantan laptop ni tinggal kat aku la tapi ada jugak perancangan nak beli bila hubby dah nak berlepas nanti tapi nampaknya perancangan tu terpaksa dipercepatkan diatas sebab-sebab yang dibagi oleh hubby. Sebabnya... dia susah nak buat keja sebab kena pinjam laptop dari member yang juga nak guna pastu nak kuar p CC jauh dan malas. Maka, balik weekend ari tu terbang juga $$$ untuk



Serius aku memang tak pandai bab-bab benda IT gini, bila hubby cakap dia nak jenama ni aku cam tak best plak sebab aku tak pernah dengar pun..... Brand baru ke? bila budak kedai tu terang segala bagai baru la luas skit kepala otak aku ni, kalau tak yang aku tau HP, Acer, msi, apple, toshiba,lenovo.....
Inilah baby baru tu...

Teruk kan aku ni, bleh kata tiap-tiap ari surf internet tapi Asus pun tak tau...

* Uolls guna brand apa? ok ke?


Thursday, June 2, 2011

Pertandingan Catur untuk Golongan Buta



BANDAR SERI BEGAWAN - Ahli Persatuan Orang-orang Buta Kebangsaan Brunei Darussalam diberi peluang menyertai pertandingan catur "Seeing is Believing" oleh Bank Standard Chartered Brunei.

Pertandingan yang dianjurkan bersama Persatuan Catur Brunei (BDNAB) dan Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan itu berlangsung di tingkat empat Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di sini, hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SCB Lai Pei Si, tujuan penganjuran pertandingan catur itu adalah sebagai salah satu program yang memberi sokongan dan peluang kepada ahli BDNAB untuk meraih kejayaan dalam hidup mereka tanpa batasan.

Program Seeing is Believing selama ini telah menjayakan beberapa aktiviti amal bagi memberi sokongan kepada masyarakat, terutamanya ahli BDNAB dengan memberi kemudahan dan sokongan bagi meningkatkan pembelajaran mereka di dalam atau di luar sekolah.

Tambahnya lagi walaupun mereka cacat penglihatan mereka telah menunjukkan semangat yang cukup luar biasa dan berpotensi untuk mencapai kejayaan dengan berpandukan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh masyarakat.

Pertandingan itu turut dihadiri Presiden BDNAB Jemary Danggat, Naib Presiden Catur Kebangsaan Brunei Pengiran Abdul Rahman, jurulatih Grand Master Kebangsaan Tair Vahidov, kakitangan BDNAB dan beberapa orang pelajar dari Sekolah Menengah SOAS.

Empat kumpulan yang terdiri daripada seorang ahli BDNAB menyertai pertandingan itu. Pemenang pertandingan membawa pulang hadiah menarik sumbangan oleh SCB, Brunei Darussalam.
 
* Aku yang celik ni pun tak pandai main catur, kalau dam aji tu boleh la jugak

Hadiah Naufal N Nureen 2nd Giveaway... ok tak?


As salam

Antara hadiah yang ct sediakan untuk bakal pemenang 

 TARIKH TUTUP:15 jun 2011
Klik banner untuk join


Jom tengok hadiah plak
:
:
:
:
:
 Hadiah utama
1 set milamine tray (3pcs)
Ok tak bunga yang ct pilih? 

Hadiah saguhati
1pcs chopping board milamine
Untuk 2 pemenang...1pcs sorang.
Kaalu tak mau guna sebagai choping board pun boleh jugak... just buat hiasan di dinding dapur

OK ke hadiah ni?


Related Posts with Thumbnails